Posts

Showing posts from March, 2017

MUHAMMAD SYAAMIL BISYARI - 5 TAHUN

Teks : Suehaiza Salam SELAMAT HARI JADI BUAT ANAKANDA MUHAMMAD SYAAMIL BISYARI

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 57 BUAT MAMA TERSAYANG

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Alhamdulillah, bertambah lagi umur bonda tercinta. Genap umur 57 tahun pada hari ini 13 Mac 2017. Pagi-pagi lagi Sue telefon mama, ucap selamat ulangtahun siap nyanyikan lagu selamat pada dia. Syukur Allah masih lagi memberi Sue peluang mendapat kasih sayang dari seorang yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang ibu, tetapi teman suka dan duka dari kecil sehingga sekarang. Walaupun sejak 2 tahun yang lalu, Sue tidak lagi menetap di Kuala Lumpur tetapi Sue takkan pernah lupa hubungi mama, bertanya khabar, meluah rasa, bergosip dan bergelak ketawa. Mama adalah teman karib dan pendengar setia segala luahan Sue. Sesungguhnya jasa, budi baik mama melahirkan dan membesarkan Sue, tidak akan pernah dapat dibalas walau dengan segunung emas. Allah, emosi pulak bila terkenangkan mama. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat buat mama ku, Zainah binti Manap. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan dalam lindungan Allah selalu