Posts

Showing posts from August, 2017

ADA APA DALAM LIPSTICK ANDA?

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Google Tahukah anda, lebih 100 bahan kimia diperlukan untuk menghasilkan sebatang lipstick.  Bila kita sebut bahan kimia ramai yang terus beranggapan negatif.  Hampir semua bahan adalah kimia dan tidak semua bahan kimia itu berbahaya. Lipstick biasanya mengandungi pelbagai jenis minyak petroleum, minyak tumbuhan, lilin dan pewarna (pigmen).  Bahan-bahan lain yang digunakan termasuk bahan pelembab, pewangi, pengawet, bahan antioksida dan ada kalanya ditambah perisa. ======================================================================== LILIN, LEMAK DAN MINYAK Lilin memberikan bentuk pada lipstick. Pelbagai jenis lilin semulajadi digunakan seperti lilin lebah, lilin karnauba dan candelila.  Lilin karnauba mempunyai takat lebur yang paling tinggi, jadi ia digunakan supaya lipstick tidak cair dengan mudah.  Lilin karnauba ini dihasilkan dari sejenis pokok palma di Brazil. PIGMEN DAN WARNA Warna lipstick dihasilkan dari campuran pelbaga