Posts

Showing posts from November, 2016

NIGHT QUOTES

Image
Suehaiza Salam 010-2288936 suehaiza.salam@gmail.com

PRODUK SUPER BRAND - KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

Image
Teks: Suehaiza Salam Assalammualaikum semua. Kalau sebut korset, semua mesti tahu apa itu korset. Ke, ada yang masih tak tahu apa itu korset?. Encik Google menyatakan bahawa korset adalah pakaian yang dipakai untuk memegang dan melatih batang tubuh ke dalam bentuk yang dikehendaki untuk tujuan estetik atau perubatan (sama ada untuk jangka masa memakainya atau dengan kesan yang lebih kekal). Dalam erti kata lain yang mudah di fahami, korset adalah pakaian dalam yang membentuk tubuh supaya lebih terletak dan menyembunyikan lebihan lemak. Wanita masing-masing mempunyai pelbagai jenis bentuk badan. Perubahan bentuk badan kita akan berlaku selepas berkahwin, selepas melahirkan anak, faktor usia makin meningkat dan seterusnya... DUA hasil utama yang akan kita dapat dengan pemakaian Korset Premium Beautiful ialah:- SIHAT dan CANTIK! Korset Premium Beautiful terbahagi kepada 4 siri dan setiap satu ada kelebihan masing-masing. Dengan ukuran yang betul, saiz yang sesuai

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

Image
Teks : Suehaiza Salam Entri kali ini, Sue nak kongsi 10 ciri untuk menjadi USAHAWAN WANITA yang berjaya. 1. KEPERCAYAAN PADA DIRI SENDIRI Jika kita tidak mempunyai keyakinan diri sendiri untuk berjaya, maka segala-galanya yang telah kita usahakan tidak akan membuahkan hasil. Percaya pada diri dan percaya kita boleh lakukannya. 2. BERCITA-CITA TINGGI Khas untuk usahawanita, cabar diri sendiri untuk berjaya seperti orang lain. Kita perlu ada cita-cita yang tinggi. Dengan cita-cita tersebut barulah kita berani mencabar diri kita untuk berjaya. 3. TAMPAK BERKEYAKINAN Jagalah ketrampilan diri dan tunjukkan imej keyakinan kita. Dalam membina bisnes, tahap keyakinan diri sendiri amat penting untuk MEMENANGI dan MENAMBAT hati pelanggan-pelanggan kita. Bila kita tampak yakin, kita juga akan meraih kepercayaan mereka dan dalam masa yang sama dapat memupuk reputasi yang kukuh. 4. KEGHAIRAHAN TERHADAP PRODUK Usahawan wanita yang berjaya mempunyai minat dan keghairah

QUOTES OF THE DAY

Image
Salam sayang, Suehaiza Salam 010-2288936 suehaiza.salam@gmail.com

SIMPLE RULES OF HAPPINESS

Image
Salam sayang, Suehaiza Salam suehaiza.salam@gmail.com 010-2288936

TRIK BIJAK SEMBUNYI 'SPARE TYRE'

Image
Teks : Suehaiza Salam Wanita selepas kahwin atau selepas melahirkan anak selalunya bentuk badan akan berubah sedikit. Betul tak? Sememangnya hampir kesemua wanita menghadapi masalah ini. Tapi dalam masa yang sama wanita masih lagi nak bergaya, dan kelihatan cantik. Entri kali ini, Sue nak kongsikan cara bijak untuk kita sembunyikan 'spare tyre' atau lemak berlapis-lapis, berlipat-lipat tu. 'Tuck In' - Biar sehebat mana fenomena melanda fesyen, jangan sesekali kita mencuba gaya ini sebab tindakan memasukkan baju ke dalam seluar atau skirt hanya akan membuka rahsia 'bahagian' itu. Fabriknya perlu 'KENA' - Jika kita mempunyai tubuh berisi dan perut yang berlipat, kain jenis melekat pada tubuh paling tidak sesuai untuk kita pakai. Jika kita sarungkan juga busana dengan fabrik ini, ia akan menarik perhatian orang untuk melihat segala KEKURANGAN yang ada pada tubuh kita. Fabrik satin atau kapas adalah yang paling baik untuk pemilik tubuh yang agak

APA ITU KRIM BB, CC DAN DD?

Image
Teks: Suehaiza Salam Biasa dengar BB Cream? Sekarang popular dengan CC Cream dan paling terkini ialah DD Cream. Apa itu krim BB, CC dan DD?. Masing-masing ada makna, kandungan dan kelebihan yang tersendiri. Hari ini perkongsian yang Sue nak kongsikan pada semua ialah tentang ketiga-tiga krim ajaib ini. Krim BB atau BB Cream bermaksud Blemish Balm, Blemish Base dan Beauty Balm. Atau dalam bahasa melayu nya, Krim Cacat Cela. BB Cream digunakan sebagai asas sebelum kita mula bersolek. BB Cream juga dipromosikan sebagai produk semua-dalam-satu kosmetik muka untuk menggantikan serum, pelembap, bedak asas dan krim tabir suria (sunblock). BB Cream didatangkan dalam pelbagai formulasi. Ada yang menawarkan pelbagai warna untuk warna kulit yang berbeza. Kebanyakan formula direka untuk mengoksidakan pelbagai warna kulit pengguna. Sebab itu, kadang-kadang kita ada nampak di pasaran BB Cream berwarna putih, beige dan ungu. Setiap satu adalah mengikut tona kulit yang berbeza.

PERKONGSIAN - BUKU AMALAN MURAH REZEKI

Image
Teks : Suehaiza Salam Assalammualaikum. Masa berlalu begitu pantas, tanpa kita sedar rupanya banyak lagi perkara yang tidak kita lakukan. Sama ada tidak sempat, saja lengahkan atau memang kita tidak dapat nak lakukan dek kerana kekangan masa yang kita hadapi. Update untuk hari ini adalah untuk berkongsi dengan pembaca semua tentang Rahsia Murah Rezeki. Rezeki... Perkataan yang maknanya sungguh luas. Kalau dulu, Sue ingat rezeki itu maksudnya duit, gaji yang kita dapat tiap bulan dan hasil yang kita dapat dari aktiviti jual beli yang kita usahakan. Tapi rupanya rezeki ini datang dari segala macam sudut.  Masya-Allah kerdil sungguh rasa diri ini. Jom nak berkongsi sedikit tips dan rahsia yang Sue dapat hasil dari bacaan buku AMALAN MURAH REZEKI, hasil tulisan dari Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood. Ada 15 rahsia yang terkandung dalam buku ini. Tapi Sue nak kongsi 5 sahaja dulu ye. Jom kita sama-sama manfaatkan ilmu ini. Erti murah rezeki ialah 'reze