Posts

Showing posts from December, 2016

2017 - DARE TO DREAM

Image
Teks : Suehaiza Salam Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru - 2017. Apa agaknya perancangan kita pada tahun baru ini? Apa matlamat? Apa yang kita nak capai pada tahun yang sudah viral katanya akan menjadi tahun paling mencabar kerana situasi ekonomi yang agak teruk? Apa PERUBAHAN yang akan kita lakukan untuk memastikan kita dapat tempuh bukan sahaja pada 2017 juga tahun-tahun akan datang dengan baik? Bagi orang yang mengambil serius tentang situasi ini, tentu sahaja telah buat persediaan dan mengatur strategi yang sepatutnya. Walaupun kita tidak tahu sama ada kita akan berjaya atau tidak, setidak-tidaknya kita telah membuat persediaan. Meminjam kata-kata Dr. Azizan Osman dalam salah satu buku tulisannya, Hidup ini indah, kerana setiap saat kita akan menghadapi pelbagai rintangan yang akan mengajar kita tentang erti kehidupan.  Namun begitu, hanya golongan yang TERPILIH sahaja akan berjaya mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Sue nak sangat be

MARY KAY - TIME WISE MATTE-WEAR LIQUID FOUNDATION

Image
Teks : Suehaiza Salam Time Wise Matte-Wear Liquid Foundation Di formulasi dengan Vitamin E, Kolagen serta Peptida, kulit serta merta akan kelihatan lebih tegang, muda dan sihat. Ia adalah asas anti-penuaan yang sempurna untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak. Jelas mengurangkan penampilan liang-liang, garis-garis halus, kedutan dan ketidaksempurnaan kulit. Juga mengawal sinar dan minyak pada kulit wajah pada tahap maksimum. Time Wise Matte-Wear Liquid Foundation ada 5 warna iaitu Ivory 3 Ivory 5 Beige 3 Beige 5 Bronze 1 Setiap wanita wajib ada satu tiub dalam beg solekan mereka bagi melengkapkan lagi rutin regim solekan. Cantik, Menarik, Tertarik hanya dengan Mary Kay! Hubungi saya, Perunding Kecantikan Mary Kay anda. Suehaiza Salam 010-2288936 suehaiza.salam@gmail.com

PRODUK TERBARU - MARY KAY BOTANICAL EFFECTS EVOLUTION

Image
Teks : Suehaiza Salam Wow, Mary Kay mengeluarkan produk terbaru di pasaran iaitu Mary Kay Botanical Effects Evolution Skin Care. Tengok 'packaging' pun dah comel, tambah dengan warna yang manis, merah jambu. Siapa yang sesuai guna produk ini? Buat pengetahuan semua set ini adalah pertama kali Mary Kay keluarkan untuk remaja semuda usia 12 tahun ke atas. Jadi bagi sesiapa yang ada anak-anak remaja yang sudah mula perlukan perhatian pada wajah mereka, set Botanical Effects Evo inilah yang sesuai untuk mereka. BOTANICAL EFFECT SKIN CARE NEW EVOLUTION GEL PEMBERSIHAN -Mencuci setiap hari, pagi dan malam, untuk bersih yang mendalam. SCRUB MENYEGARKAN ⁃ Pengelupasan untuk membuang kulit mati dan kusam serta membersih sehingga ke liang pori dan meratakan tona kulit. TONER MENYEGARKAN ⁃ Membersihkan kesan kotoran ⁃ Menutup dan mengecilkan liang pori ⁃ Menanggalkan sel-sel kulit mati ⁃ Untuk pembersihan yang lengkap   GEL PE

PERUNDING KECANTIKAN MARY KAY

Image
Teks : Suehaiza Salam Alhamdulillah, secara rasminya Sue telah pun berdaftar sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay. Tak sangka dan bagai mimpi pula sebab dapat bergelar perunding kecantikan bagi produk tersohor dalam dunia kecantikan iaitu Mary Kay. Semuanya bermula apabila Sue tercari-cari produk kecantikan kulit. Al-maklum bila usia makin meningkat, rejim penjagaan kulit perlu lebih teliti dilakukan sesuai dengan keadaan kulit yang semakin matang. Sebenarnya Sue dah lama juga dengar tentang produk Mary Kay. Tetapi masa tu tak teringin pula nak mencuba sebab selesa dengan produk kecantikan yang sedia ada. Sue memang sangat mengambil berat dengan penjagaan kulit terutama sekali kulit muka. Sejak dari zaman sekolah, mama Sue selalu memberi nasihat tentang pentingnya penjagaan kulit. Percaya tak seawal sekolah menengah dulu, Sue telah mempraktikkan regim penjagaan muka yang lengkap iaitu, Membersih, Menyegar dan Melembap.  Seminggu sekali, Sue akan disuruh oleh mama untuk

PRAKTIKKAN SENAMAN - JOM BERSENAM!

Image
Teks : Suehaiza Salam Assalammualaikum. Selamat pagi semua.  Segar je badan selepas sesi senaman pagi bersama-sama rakan-rakan staf di pejabat.  Siapa kata senaman itu susah? Ianya susah sebab kita yang MALAS nak buat. Sebenarnya tidak perlu pun kita beria-ia sangat, cukup setakat buat regangan dan ikut sedikit senaman-senaman biasa yang kita tengok di dalam majalah dan televisyen. Lepas itu, boleh mula bekerja. Kalau nak senaman berat itu, eloklah dibuat semasa hujung minggu. Entri pada hari ini, Sue nak berkongsi tentang 'Praktikkan Senaman' Harapan Sue semoga perkongsian ini dapat kita sama-sama amalkan. Bagaimana hendak bersenam? Pertama jadikan senaman sebagai amalan hidup kita. Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan kita. Apabila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi. Senaman yang tidak berkala tidak akan memberi kita apa-apa manfaat. P