Posts

Showing posts from January, 2017

MARY KAY - TIMEWISE MIRACLE SET

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Google Memperkenalkan set TimeWise Miracle untuk penuaan awal hingga sederhana 25 tahun hingga 40-an. Sebenarnya bila usia menginjak 25 tahun, tanda penuaan sudah mula ada.  Selain pemakanan sihat, set ini paling sesuai untuk mencegah penuaan berlaku dengan lebih awal. Perkongsian menarik hari ini yang ingin Sue sampaikan pada para wanita semua ialah FUNGSI dan FAEDAH produk Mary Kay TimeWise Miracle Set. Membersih untuk menanggalkan solekan dan kotoran pada kulit muka. Mengelupas untuk menanggalkan sel mati di permukaan kulit yang menjadikan kulit kusam. Menyegarkan kulit untuk merapi dan memperhalus pori kulit. Melembap untuk menghidratkan kulit supaya lembut dan licin. Melicinkan dan melembutkan kulit. Mengurangkan garisan halus dan kedutan. Menegang dan mencergaskan kulit. Membina semula kulit. TimeWise Miracle Set ini didatangkan dalam dua set yang berbeza, bergantung dengan jenis kulit iaitu set Normal/Kering dan Kombi

RAHSIA CANTIK SIHAT SUEHAIZA SALAM

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Catatan untuk hari ini ialah Sue nak berkongsi rahsia cantik dan sihat yang Sue praktikkan.  Sue cuba kekalkan rutin penjagaan diri dan kecantikan ini sejak dari bangku sekolah lagi. Zaman sekolah dulu, kulit Sue agak gelap sebab aktif dalam aktiviti luar terutama sekali acara sukan sekolah.  Walaupun begitu, kulit Sue bersih tanpa sebarang jerawat dan warna kulit yang tidak sekata. Allah SWT telah berikan kita anugerah kulit yang sihat dan cantik sebenarnya.  Adalah menjadi tugas kita pula untuk menjaga sebaik mungkin kurniaan Allah ini.  Sementelah sekarang bila dah ada kerjaya, keluarga dan kehidupan yang super sibuk, rutin penjagaan perlu dilakukan dengan teliti dan dikekalkan. Antara tips yang Sue praktikkan ialah:- 1. Minum Air 3 Liter Sehari Mahu atau tidak mahu, memang inilah rutin kita sepatutnya.  Jadikan amalan harian untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.  Ini adalah tips yang Sue dapat semasa menghadiri sa

5 PERKARA ORANG ISLAM PATUT TAHU BERKENAAN DENGAN KESIHATAN

Teks : Suehaiza Salam 5 Perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan.  Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut :- 1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lema yang terkumpul. Kita boleh lihat orang yang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. 2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, insya-Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa mililiter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak di