Posts

Showing posts from 2017

2018 RESOLUTION

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Mr. Google 2017 hampir melabuhkan tirai. Oleh itu di kesempatan ini, saya mendoakan agar kita semua akan lebih mendapat keberkatan pada tahun baru 2018. Tidak salah berimpian tinggi, yang salah jika tiada usaha mencapai impian itu. HAPPY NEW YEAR EVERYONE!. Love, Sue...

JOM KENALI SERUM MARY KAY

Teks : Suehaiza Salam Foto : Mary Kay Rainbow Swan Unit

BENGKEL KECANTIKAN MARY KAY - JOHOR BAHRU

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Assalammualaikum. Bertuah rasanya hari ini, bila dapat bertemu dengan Senior Sales Director Sabariah Shariff. Nun jauh dari Perak, SSD Sab datang ke JB kerana terlibat dengan Bengkel Kecantikan di Hotel Tropical Inn, JB. Sue juga tak terkecuali menyertai bengkel ini untuk menambah ilmu dalam menganjurkan bengkel kecantikan yang melibatkan lebih ramai bakal-bakal beauty consultant. Pujaan hati - Mary Kay Camry Pink Car (Wishlist 2018)

HARI MALAYSIA - 16 SEPTEMBER 2017

Image
SELAMAT HARI MALAYSIA Malaysian!!! Aku Negaraku Ku sedar tanah air aku bertuah Di sini tempatku berjasa Ku sedar sempurna hidupku di sini Malaysia ku terhutang budi Aku Negaraku Aku Negaraku Sememangnya Negaraku maju Negaraku tanah tumpah darahku Aku Negaraku Di hatiku negaraku Selamanya aku negaraku Satu Negaraku tanah tumpah darahku Kita bersama membina masa depan Semangat setinggi angkasa Kita bersama bersyukur pada Tuhan KepadaNYA kita berserah Ku laungkan namamu ke seluruh dunia Malaysia aku bahagia Aku Negaraku I LOVE YOU MALAYSIA, PROUD TO BE MALAYSIAN

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Google Image 1) FIRMING EYE CREAM Bagi masalah mata seperti sembab, dark circle, kulit mata kering, mata berkedut boleh gunakan Mary Kay Firming Eye Cream. Ia menegang, mencerah, melembab dan membantu meminimumkan garis-garis halus sekitar mata. 2) AGE FIGHTING EYE CREAM Bagi masalah mata yang tidak kronik, di mana hanya terdapat sedikit kedutan atau sebagai langkah penjagaan awal bagi mata. Contohnya jika anda tidak ada  masalah mata tapi ingin penjagaan boleh guna produk ini.  Ia penentang usia dan membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus. 3) INDULGE SOOTHING EYE GEL Bagi masalah mata yang keletihan akibat tidak cukup tidur, menangis di malam hari atau menonton televisyen / komputer terlalu lama. Produk ini akan menyejuk dan menegangkan serta memejalkan sekitar mata. The best part semua peringkat usia boleh menggunakan produk ini.  One of my favourite. CARA-CARA PEMAKAIAN EYE CREAM Pemakaian krim mata ialah s

ADA APA DALAM LIPSTICK ANDA?

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Google Tahukah anda, lebih 100 bahan kimia diperlukan untuk menghasilkan sebatang lipstick.  Bila kita sebut bahan kimia ramai yang terus beranggapan negatif.  Hampir semua bahan adalah kimia dan tidak semua bahan kimia itu berbahaya. Lipstick biasanya mengandungi pelbagai jenis minyak petroleum, minyak tumbuhan, lilin dan pewarna (pigmen).  Bahan-bahan lain yang digunakan termasuk bahan pelembab, pewangi, pengawet, bahan antioksida dan ada kalanya ditambah perisa. ======================================================================== LILIN, LEMAK DAN MINYAK Lilin memberikan bentuk pada lipstick. Pelbagai jenis lilin semulajadi digunakan seperti lilin lebah, lilin karnauba dan candelila.  Lilin karnauba mempunyai takat lebur yang paling tinggi, jadi ia digunakan supaya lipstick tidak cair dengan mudah.  Lilin karnauba ini dihasilkan dari sejenis pokok palma di Brazil. PIGMEN DAN WARNA Warna lipstick dihasilkan dari campuran pelbaga

MARY KAY OIL-FREE EYE MAKE UP REMOVER

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Google Produk pilihan yang Sue nak kongsikan dengan pembaca semua ialah Oil-Free Eye Make Up Remover. Sue memang suka bersolek terutama sekali bila ke pejabat. Bukan apa, bila bersolek tu Sue rasa lebih yakin dan rasa seronok untuk bekerja dan berinteraksi dengan rakan sepejabat juga orang luar. Ada yang kata bila bersolek, kita tidak menonjolkan kecantikan semulajadi. Oh tidak! bagi yang mempunyai kulit mulus, gebu, cerah semulajadi tu, mungkin tidak menjadi masalah. Anda memang bertuah sekali, Allah kurniakan anda kelebihan itu. Tetapi bagaimana pula bagi orang yang ada masalah kulit? Kulit yang kusam, pori terbuka, bekas parut dan jerawat? Itu adalah salah satu kelemahan yang patut kita tutup dengan penggunaan alat solek. Seharian kulit kita dioles dengan alat solekan, bila pulang ke rumah jangan lupa bersihkan muka tu. Mula-mula sekali, gunakan makeup remover. Gunakan kapas muka yang lembut dan tonyohkan pada mata, pipi dan bibir. Mary

KANDUNGAN SPF PADA KULIT MUKA

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Google Petang-petang ni ada perkara nak share dengan semua. Sue nak tanya awak semua pakai spf tinggi-tinggi pada muka, nak buat apa ? Mari kita belajar kira-kira : 1 SPF melindungi skin kita selama 20 minit. Kalau SPF 15 (20minit×15 = 300minit) So, selama 5 jam jugaklah ia akan protect skin awak. Kira sendiri kalau kosmetik awak tu ber SPF 60? Nak pakai terus tak cuci ke macam mana. Ke sambung besoknya? Kulit muka tidak boleh melebihi SPF 35 kerana kulit di bahagian muka tak sama ketebalannya dengan kulit di badan. Kalau awak fikir, SPF banyak-banyak tu awak dapat perlindungan ke? Tak ! Tu acah-acah sahaja.  Produk yang betul-betul bagus tak pernah cecah SPF melampau.  Sampaikan 20 jam perlindungan. Matahari terbit berapa jam sahaja kan. Lebihan SPF boleh mendorong kepada penyakit albino.. Kalau tak faham awak boleh google. By doktor Oriental Hospital. ==================================== Lagi-lagi kulit perempua

HIKMAH PUASA

Teks : Suehaiza Salam Mendidik para mukmin supaya berperangai luhur dan dapat mengawal nafsu dan keinginan manusia biasa. Membiasakan diri dan melatih orang yang berpuasa bersabar dan tahan ujian. Untuk mendidik manusia agar jangan mudah / lekas dipengaruhi oleh benda apa sekalipun walaupun dalam keadaan lapar dan sengsara. Dari sudut kesihatan pula puasa sangat berguna untuk menjaga dan memperbaiki kesihatan. Menanamkan rasa kasih sayang sesama manusia, terutama orang miskin dan fakir. Dengan berpuasa kita boleh merasai nasib mereka yang selalu kelaparan kerana tiada makanan. Selamat berpuasa hari ke 24 semua. Semoga Allah sentiasa merahmati kamu semua. Suehaiza Salam Perunding Kecantikan Mary Kay suehaiza.salam@gmail.com

PETUA RAHSIA AWET MUDA MENURUT ISLAM

Teks : Suehaiza Salam 6 petua awet muda cara Islam yang terbaik dan mudah. Semua orang ingin kekal cantik dan sihat. Awet muda bukanlah bertujuan untuk menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang menampakkan manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambanya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga selain mensyukuri nikmat Allah yang Maha Pencipta. Petua 1 Sebaik sahaja bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi amalkan urut wajah dengan air dari bawah dagu ke atas dahi diiringi selawat nabi sebanyak 3 kali. Amalkan urutan ini setiap hari. Petua 2 Sebaik sahaja bangun dari tidur, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat. Petua 3 Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Petua 4 Se

SKIN CARE CLASS - PRODUK MARY KAY

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Assalammualaikum.  Aduh, teruk KPI update blog Sue tahun ini. Terlalu sibuk dengan hal kerja, keluarga sampai terlupa blog dah 'bersarang'.  Minta maaf ye semua. Doakan saya akan lebih konsisten dan tidak terlupa dengan kewujudan blog ini hehe. OK apa yang Sue hendak kongsikan hari ini ialah tentang kejayaan Sue mengendalikan tiga Skin Care Class dengan menggunakan produk Mary Kay. Secara peribadi Sue rasa sangat bangga sebab walau mentor bisnes ini jauh nun di Perak, tapi berkat tidak jemu berhubung dengan beliau melalui whatsapp, alhamdulillah Sue dapat kendalikan Skin Care Class dengan jayanya. Skin Care Class atau SCC ialah salah satu aktiviti WAJIB bagi seorang Perunding Kecantikan Mary Kay. Dalam kelas ini, Sue berkongsi kebaikan dan manfaat produk-produk kecantikan Mary Kay. Sesiapa yang menyertai kelas ini berpeluang, mendengar tips kecantikan, penjagaan wajah yang betul dan rutin yang perlu dilakukan bagi mendapatk

1 APRIL 2017

Teks : Suehaiza Salam Berakhir sudah suku tahun pertama 2017. Alhamdulillah, kita masih diberikan lagi peluang untuk hidup dan mencipta keajaiban dalam tahun ini. Kenapa Sue kata macam itu? Sebab ada banyak lagi perkara yang Sue nak raih tahun ini dan untuk tahun-tahun seterusnya, jika masih diberi peluang. Hidup ini sebenarnya singkat. Oleh itu cubalah, buatlah dan raihlah apa sahaja yang kita inginkan. Selamat berusaha dan Selamat Maju Jaya pada semua. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan NYA. Insya-Allah. Suehaiza Salam Perunding Kecantikan Mary Kay suehaiza.salam@gmail.com

MUHAMMAD SYAAMIL BISYARI - 5 TAHUN

Teks : Suehaiza Salam SELAMAT HARI JADI BUAT ANAKANDA MUHAMMAD SYAAMIL BISYARI

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 57 BUAT MAMA TERSAYANG

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Alhamdulillah, bertambah lagi umur bonda tercinta. Genap umur 57 tahun pada hari ini 13 Mac 2017. Pagi-pagi lagi Sue telefon mama, ucap selamat ulangtahun siap nyanyikan lagu selamat pada dia. Syukur Allah masih lagi memberi Sue peluang mendapat kasih sayang dari seorang yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang ibu, tetapi teman suka dan duka dari kecil sehingga sekarang. Walaupun sejak 2 tahun yang lalu, Sue tidak lagi menetap di Kuala Lumpur tetapi Sue takkan pernah lupa hubungi mama, bertanya khabar, meluah rasa, bergosip dan bergelak ketawa. Mama adalah teman karib dan pendengar setia segala luahan Sue. Sesungguhnya jasa, budi baik mama melahirkan dan membesarkan Sue, tidak akan pernah dapat dibalas walau dengan segunung emas. Allah, emosi pulak bila terkenangkan mama. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat buat mama ku, Zainah binti Manap. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan dalam lindungan Allah selalu

TIPS GAYA HIDUP SIHAT

Teks : Suehaiza Salam Tarik nafas dalam-dalam.  Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda. ********************************************************************************* Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit. ********************************************************************************* Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam. **********************************************

MARY KAY - GEL SEMI MATTE LIPSTICK

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Mary Kay dan Google Wajib ada satu lipstick Gel Semi-Matte Mary Kay dalam beg tangan semua wanita. Kenapa? Apa yang bagus sangat dengan lipstick ini? Kalau nak tahu, lipstick Gel Semi-Matte Mary Kay ini telah memenangi Anugerah Fall Beauty Award. Hebat kan tu? Formula gel yang ringan, teknologi 'Cushion Matrix' terkini iaitu mengandungi mikrosfera silika yang amat kecil untuk penyerapan dan tahan lama. Kesan fokus yang lembut dan menutupi masalah bibir gelap atau tona tidak sekata, mengandungi minyak bunga matahari dan ekstrak jojoba untuk melembabkan bibir dan ianya didatangkan dalam bekas 'clear top window' untuk memudahkan kita memilih warna lipstick kegemaran kita. Lipstick Gel Semi-Matte ini ada 7 warna hebat iaitu :- - Bashful You - Rich Truffle - Mauve Moment - Powerful Pink - Always Apricot - Midnight Red - Crushed Berry Sue suka sangat dengan semua warna koleksi gel semi-matte i

ULANGTAHUN KE 9 - SUEHAIZA DAN SUHAIMI

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Alhamdulillah sudah menginjak ke angka 9, usia perkahwinan Sue dan suami. Syukur dengan kebahagiaan ini, semoga kekal hingga jannah. I love you Walid Mie forever and ever. Suehaiza Salam Beauty Skin By Suehaiza

MARY KAY - TIMEWISE MIRACLE SET

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Google Memperkenalkan set TimeWise Miracle untuk penuaan awal hingga sederhana 25 tahun hingga 40-an. Sebenarnya bila usia menginjak 25 tahun, tanda penuaan sudah mula ada.  Selain pemakanan sihat, set ini paling sesuai untuk mencegah penuaan berlaku dengan lebih awal. Perkongsian menarik hari ini yang ingin Sue sampaikan pada para wanita semua ialah FUNGSI dan FAEDAH produk Mary Kay TimeWise Miracle Set. Membersih untuk menanggalkan solekan dan kotoran pada kulit muka. Mengelupas untuk menanggalkan sel mati di permukaan kulit yang menjadikan kulit kusam. Menyegarkan kulit untuk merapi dan memperhalus pori kulit. Melembap untuk menghidratkan kulit supaya lembut dan licin. Melicinkan dan melembutkan kulit. Mengurangkan garisan halus dan kedutan. Menegang dan mencergaskan kulit. Membina semula kulit. TimeWise Miracle Set ini didatangkan dalam dua set yang berbeza, bergantung dengan jenis kulit iaitu set Normal/Kering dan Kombi

RAHSIA CANTIK SIHAT SUEHAIZA SALAM

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Catatan untuk hari ini ialah Sue nak berkongsi rahsia cantik dan sihat yang Sue praktikkan.  Sue cuba kekalkan rutin penjagaan diri dan kecantikan ini sejak dari bangku sekolah lagi. Zaman sekolah dulu, kulit Sue agak gelap sebab aktif dalam aktiviti luar terutama sekali acara sukan sekolah.  Walaupun begitu, kulit Sue bersih tanpa sebarang jerawat dan warna kulit yang tidak sekata. Allah SWT telah berikan kita anugerah kulit yang sihat dan cantik sebenarnya.  Adalah menjadi tugas kita pula untuk menjaga sebaik mungkin kurniaan Allah ini.  Sementelah sekarang bila dah ada kerjaya, keluarga dan kehidupan yang super sibuk, rutin penjagaan perlu dilakukan dengan teliti dan dikekalkan. Antara tips yang Sue praktikkan ialah:- 1. Minum Air 3 Liter Sehari Mahu atau tidak mahu, memang inilah rutin kita sepatutnya.  Jadikan amalan harian untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.  Ini adalah tips yang Sue dapat semasa menghadiri sa

5 PERKARA ORANG ISLAM PATUT TAHU BERKENAAN DENGAN KESIHATAN

Teks : Suehaiza Salam 5 Perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan.  Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut :- 1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lema yang terkumpul. Kita boleh lihat orang yang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. 2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, insya-Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa mililiter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak di