Posts

Showing posts from May, 2017

PETUA RAHSIA AWET MUDA MENURUT ISLAM

Teks : Suehaiza Salam 6 petua awet muda cara Islam yang terbaik dan mudah. Semua orang ingin kekal cantik dan sihat. Awet muda bukanlah bertujuan untuk menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang menampakkan manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambanya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga selain mensyukuri nikmat Allah yang Maha Pencipta. Petua 1 Sebaik sahaja bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi amalkan urut wajah dengan air dari bawah dagu ke atas dahi diiringi selawat nabi sebanyak 3 kali. Amalkan urutan ini setiap hari. Petua 2 Sebaik sahaja bangun dari tidur, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat. Petua 3 Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Petua 4 Se