Posts

Showing posts from October, 2016

SUSU KAMBING PREMIUM i-SUNNAH

Image
Teks: Suehaiza Salam Assalammualaikum. Alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya susu penuh KHASIAT Susu Kambing Premium i-Sunnah selamat sampai ke tangan Sue. Semestinya kita ingin setiap yang masuk dalam badan kita bersifat semulajadi.  Untuk info semua Susu Kambing Premium i-Sunnah adalah 100% susu organik dan tidak dicampur dengan sebarang susu lembu.  Apa kaitan dengan susu lembu? Mudah je, susu kambing yang dicampurkan dengan susu lembu kesannya nanti warna susu lebih KEKUNINGAN dan dijual lebih murah di pasaran. Tapi Susu Kambing Premium i-Sunnah ini warnanya asli PUTIH seputihnya. Susu Kambing Premium i-Sunnah mirip dengan struktur protein dan lemak susu ibu. Jenama i-Sunnah ini sedang menjadi fenomena dalam negara kerana semakin menjadi pilihan sebagai satu lagi amalan minuman seharian. Kesan minum Susu Kambing Premium i-Sunnah ini sangat menceriakan. Khas untuk anak-anak kita, kebanyakannya apabila mengamalkan minuman sunnah ini, tidak liat bangun p

BADAM ATAU ALMOND DAN KHASIATNYA

Image
Teks : Suehaiza Salam Haa hari ini Sue nak share sikit dengan semua tentang Badam atau nama mat salehnya Almond. Sebenarnya sebelum-sebelum ini, Sue tak pernah tahu pun khasiat badam. Selalunya makan badam tu bila makan coklat cadbury yang ada badam dalamnya. Sedap memang sedap sesuai la dengan harganya yang agak mahal. Masa Sue mengandungkan anak kedua, biasalah awal pregnancy tu ada mabuk-mabuk, morning sickness katanya.  Tapi yang bagusnya, bila rasa loya-loya tu tekak Sue tak teringin pun nak makan benda-benda masam.  Bila loya dan mual Sue akan makan biskut kering Jacob.  Lepas tu, ada seorang officemate Sue syorkan makan badam panggang. Kata dia elok untuk baby.  Mula-mula rasa macam pelik sebab tak pernah lagi Sue tengok orang kunyah badam, kalau kekacang tu biasalah. Jadi bermula dari situ, Sue pun beli badam yang siap dipanggang atau bakar kat satu kedai Pak Arab berdekatan dengan pejabat Sue.  Ya Allah sedap la rupanya badam bila kunyah begitu saja. Tapi yang dipan

VITAMIN C? APA TU?

Image
Teks : Suehaiza Salam Seringkali kita mendengar tentang perlunya vitamin C dalam kehidupan seharian yang sibuk.  Tapi apa sebenarnya Vitamin C itu? Apa kepentingan dan keperluan kita mengambil Vitamin C? Selamatkah pengambilan Vitamin C untuk kita dan anak-anak kita? Vitamin C sangat mudah hilang dari tubuh manusia dan larut air.  Maknanya Vitamin C akan hilang atau tersingkir dengan mudah dari badan apabila kita merokok, stress, tidur yang tidak cukup demam, selsema dan sebagainya.  Jadi kita seharusnya memastikan kandungan Vitamin C cukup dalam badan kita. Sue mengamalkan Shaklee Sustained Release Vita C. Setiap tablet Vitamin C ini mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.  Mengamalkan 2 tablet Vitamin C Shaklee mampu meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Antara Manfaat Utama Shaklee S

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK

Image
Teks : Suehaiza Salam Allahuakbar. Lima hari telah berlalu, dan Sue ketinggalan beberapa entri untuk dimuatkan dalam blog.  Minggu yang tersangat sibuk, sebab Sue incharge jemputan dalam satu program anjuran MARA Johor.  Tu yang sibuk, tambah dengan komitmen yang sedia ada fuhh!! memang tak menang tangan. Tapi macam mana pun, asyik teringat kat blog.. Jadi alhamdulillah malam ini dengan izin Allah dapatlah Sue update blog. Tiada yang spesifik nak dikongsikan, cuma diam tak diam kita perasan kan yang lagi 2 bulan saja kita akan masuk ke tahun baru.  Cepat betul masa berlalu. Kalau betul masa tu boleh ditukarkan kepada emas, tentu dah berkilo-kilo kita dapat.  Membiarkan masa berlalu begitu sahaja tersangatlah rugi.  Dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa yang ada. Apa yang telah kita capai pada tahun ini?  Salah satu azam Sue pada tahun ini ialah dapat masak, sediakan sarapan pagi untuk anak sulung Sue, Batrisyia setiap hari sebelum dia

MENJEMPUT REZEKI DENGAN MENGUTAMAKAN SOLAT

Teks : Suehaiza Salam Sedikit perkongsian, menjemput rezeki dengan mengutamakan solat. Satu peringatan buat semua dan juga diri Sue sendiri. Antara lima keistimewaan Allah kurniakan bagi sesiapa yang menjaga solatnya : > Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.  > Akan dihindarkan daripada azab kubur. > Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan    kanan. > Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat. > Akan memasuki syurga tanpa hisab. Allahuakbar, mari kita sama-sama dapat keistimewaan ini sahabat semua. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Suehaiza Salam suehaiza.salam@gmail.com 010-2288936

PERKARA SUNNAH SEBELUM TIDUR

Teks : Suehaiza Salam Assalammualaikum.  Aduh baru berkesempatan menaip di blog. Biasalah kan bila di rumah tu ada sahaja kerja nak kena buat. Siapkan baju anak-anak, suami dan diri sendiri untuk esok.  Readykan bahan masakan untuk sarapan esok pagi, dan macam-macam la lagi. Kalau asyik menaip tentang kerja kat rumah sampai esok pun tak tamat lagi. Malam ni Sue nak kongsi perkara-perkara Sunnah sebelum tidur yang boleh kita praktikkan. Kibaskan tempat tidur. Tepuk-tepuk bantal sebelum rebahkan kepala kita. Permulaan tidur, kita baring mengiring sebelah kanan. Kepala menghadap kiblat. Baca doa tidur (selalunya Sue baca Ayat Qursi). Okay itu sahaja perkongsian untuk malam ini. Semoga tidur kita lena dan mimpi yang indah-indah sahaja ye kawan-kawan.  Selamat malam semua. Suehaiza Salam suehaiza.salam@gmail.com 010-2288936

PENGENALAN DIRI PENULIS

Teks: Suehaiza Salam SALAM PERKENALAN. Tanggal 16 Februari 1982 jam 08.05 malam, Siti Suhaiza binti Mohd Salam dilahirkan di Hospital Lourdes, Kuala Lumpur.  Merupakan puteri sulung dari empat orang adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Ayah yang dipanggil Papa, bekerja sebagai Pegawai Bank dan Mama bekerja di sebuah organisasi Kerajaan. Dibesarkan dengan penuh disiplin dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ayah dan ibu, alhamdulillah semua itu dijadikan sebagai panduan hidup sehingga kini. Bersekolah di Sekolah Menengah Pandan Jaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Pangkat Satu.  Selepas itu melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA dalam DiPloma Pengurusan Pejabat dan Teknologi. Tamat sahaja belajar pada tahun 2003, terus dapat pekerjaan di Bank Simpanan Nasional sebagai Pembantu Peribadi secara Kontrak di Jabatan Khidmat Bayaran.  Terlalu banyak ilmu yang dapat dikutip sepanjang setahun saya bekerja di sini. Selepas setahun, sa