SKIN CARE CLASS - PRODUK MARY KAY
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Assalammualaikum. Aduh, teruk KPI update blog Sue tahun ini. Terlalu sibuk dengan hal kerja, keluarga sampai terlupa blog dah 'bersarang'. Minta maaf ye semua. Doakan saya akan lebih konsisten dan tidak terlupa dengan kewujudan blog ini hehe. OK apa yang Sue hendak kongsikan hari ini ialah tentang kejayaan Sue mengendalikan tiga Skin Care Class dengan menggunakan produk Mary Kay. Secara peribadi Sue rasa sangat bangga sebab walau mentor bisnes ini jauh nun di Perak, tapi berkat tidak jemu berhubung dengan beliau melalui whatsapp, alhamdulillah Sue dapat kendalikan Skin Care Class dengan jayanya. Skin Care Class atau SCC ialah salah satu aktiviti WAJIB bagi seorang Perunding Kecantikan Mary Kay. Dalam kelas ini, Sue berkongsi kebaikan dan manfaat produk-produk kecantikan Mary Kay. Sesiapa yang menyertai kelas ini berpeluang, mendengar tips kecantikan, penjagaan wajah yang betul dan rutin yang perlu dilakukan bagi mendapat...