SKIN CARE CLASS - PRODUK MARY KAY


Teks : Suehaiza Salam
Foto : Suehaiza Salam

Assalammualaikum.  Aduh, teruk KPI update blog Sue tahun ini. Terlalu sibuk dengan hal kerja, keluarga sampai terlupa blog dah 'bersarang'.  Minta maaf ye semua.
Doakan saya akan lebih konsisten dan tidak terlupa dengan kewujudan blog ini hehe.

OK apa yang Sue hendak kongsikan hari ini ialah tentang kejayaan Sue mengendalikan tiga Skin Care Class dengan menggunakan produk Mary Kay.

Secara peribadi Sue rasa sangat bangga sebab walau mentor bisnes ini jauh nun di Perak, tapi berkat tidak jemu berhubung dengan beliau melalui whatsapp, alhamdulillah Sue dapat kendalikan Skin Care Class dengan jayanya.

Skin Care Class atau SCC ialah salah satu aktiviti WAJIB bagi seorang Perunding Kecantikan Mary Kay. Dalam kelas ini, Sue berkongsi kebaikan dan manfaat produk-produk kecantikan Mary Kay. Sesiapa yang menyertai kelas ini berpeluang, mendengar tips kecantikan, penjagaan wajah yang betul dan rutin yang perlu dilakukan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Dan paling seronoknya dalam kelas ini ialah anda berpeluang merasa dan mengalami sendiri keberkesanan produk Mary Kay pada kulit anda.

Dalam SCC ini kita ada tuan rumah atau di panggil 'hostess' di mana beliau ialah orang yang bertanggungjawab mengumpulkan penyertaan, seterusnya membantu Sue membuat persediaan di dalam kelas.

Kelas pertama Sue berlangsung di Petronas, KLCC. Kelas pertama ini, tuan rumahnya ialah Saudari Wanie. Kelas pertama ini disertai oleh 4 orang termasuk saudari Wanie sendiri.
Alhamdulillah walaupun pada mulanya agak gentar dan seram sejuk, tapi SCC berjaya dilaksanakan dan maklumbalas yang Sue terima adalah sangat positif.




Bersama Hostess - Saudari Wanie





SCC yang ke dua berlangsung di Plaza Larkin, Johor. Kali ini meriah sungguh kelas ini sebab 8 orang yang sertai dan kesemuanya ialah staf MARA Johor hehe.






Semua peserta sedang sibuk mengisi borang profil kecantikan

Hostess kelas di Plaza Larkin, Saudari Fazlina


SCC Sue yang ketiga juga berlangsung di Plaza Larkin, cuma kali ini hostess nya ialah Saudari Rahimah. SCC kali ini disertai oleh 8 orang peserta juga.




Bersama sebahagian peserta SCC



Hostess - Saudari Rahimah


Alhamdulillah. Terima kasih pada semua hostess yang telah menganjurkan Skin Care Class dengan jayanya.
Kepada sesiapa yang berminat ingin menjadi hostess atau ingin menyertai Skin Care Class produk Mary Kay secara percuma boleh hubungi Sue. Insya-Allah Sue akan luangkan masa untuk anda.


Suehaiza Salam
Perunding Kecantikan Mary Kay
010-2288936
suehaiza.salam@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK