PETUA RAHSIA AWET MUDA MENURUT ISLAM


Teks : Suehaiza Salam

6 petua awet muda cara Islam yang terbaik dan mudah.

Semua orang ingin kekal cantik dan sihat. Awet muda bukanlah bertujuan untuk menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang menampakkan manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambanya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga selain mensyukuri nikmat Allah yang Maha Pencipta.


Petua 1
Sebaik sahaja bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi amalkan urut wajah dengan air dari bawah dagu ke atas dahi diiringi selawat nabi sebanyak 3 kali. Amalkan urutan ini setiap hari.


Petua 2
Sebaik sahaja bangun dari tidur, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.


Petua 3
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.


Petua 4
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.


Petua 5
Untuk melihat wajah nampak lebih muda daripada umur kita, amalkan petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk. Wajah akan kelihatan muda daripada umur sebenar.


Petua 6
Hafalkan ayat 35-38 surah al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


Selamat mencuba semua.


Suehaiza Salam
Perunding Kecantikan Mary Kay
010-2288936
suehaiza.salam@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK