ADA APA DALAM LIPSTICK ANDA?


Teks : Suehaiza Salam
Foto : Google

Tahukah anda, lebih 100 bahan kimia diperlukan untuk menghasilkan sebatang lipstick.  Bila kita sebut bahan kimia ramai yang terus beranggapan negatif.  Hampir semua bahan adalah kimia dan tidak semua bahan kimia itu berbahaya.

Lipstick biasanya mengandungi pelbagai jenis minyak petroleum, minyak tumbuhan, lilin dan pewarna (pigmen).  Bahan-bahan lain yang digunakan termasuk bahan pelembab, pewangi, pengawet, bahan antioksida dan ada kalanya ditambah perisa.

========================================================================






LILIN, LEMAK DAN MINYAK

Lilin memberikan bentuk pada lipstick. Pelbagai jenis lilin semulajadi digunakan seperti lilin lebah, lilin karnauba dan candelila.  Lilin karnauba mempunyai takat lebur yang paling tinggi, jadi ia digunakan supaya lipstick tidak cair dengan mudah.  Lilin karnauba ini dihasilkan dari sejenis pokok palma di Brazil.


PIGMEN DAN WARNA

Warna lipstick dihasilkan dari campuran pelbagai pigmen dan pewarna.  Merah Carmine adalah warna merah yang paling banyak digunakan dan warna merah carmine ini diperolehi dari sejenis kumbang Conchineal dengan cara menghancurkannya.

Eosin yang juga dikenali dengan kod D&C adalah sejenis pewarna yang bertindak balas dengan protein pada bibir untuk hasilkan warna merah pekat.

Titanium dioxide pula digunakan untuk melembutkan warna merah menjadi merah jambu ataupun jingga.

Kadang kala pewangi dicampurkan untuk melindungi bau bahan-bahan kimia yang digunakan.  Selain itu, ada juga yang mencampurkan cili dalam lipstick supaya bertindakbalas dengan kulit bibir untuk menghasilkan bibir yang lebih gebu.


BAHAN-BAHAN LAIN

Pada masa kini, beberapa bahan tambahan lain seperti pelembab, vitamin E, aloe vera, kolagen, asid amino dan pelindung cahaya juga dicampurkan untuk membantu bibir supaya sentiasa lembab dan lembut.

Okay, Sue ambil contoh bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan MARY KAY CREME LIPSTICK.

> Castor Oil - Pewangi, Pelembab, Pelembut
> Oleyl Oleate
> Lilin Candelilla
> Beeswax
> Ozokerite
> Diisostearyl Dimer Dilinoleate
> Silica
> Carnauba Wax
> Lanolin
> Isodecyl Neopentanoate
> Butyl Stearate
> Apricot Kernel Oil
> Ascorbyl Palmitate
> Tocopherol
> Soybean Oil
> Fragrance
> Mica
> Titanium Dioxide
> Iron Oxides (Pewarna)
> Red 7 Lake
> Red 6 Lake
> Yellow 5 Al Lake
> Red 28 Lake
> Blue 1 Lake
> Manganase Violet
> Red 6
> Aluminium Hydroxide
> Bismuth Oxychloride
> Red 30 Lake
> Carmine
> Tin Oxide

(Sumber : Cosmetic DNA)

Saya cuma mengambil Lipstick Mary Kay sebagai contoh untuk menunjukkan pelbagai bahan sebenarnya digunakan untuk menghasilkan sebatang lipstick yang anda pakai.  Bukan menyatakan produk Mary Kay mengandungi bahan berbahaya.

Mary Kay antara jenama kosmetik antarabangsa yang terkenal dengan kualiti dan keselamatan produk-produk kosmetik keluarannya.

"SAYANGI LIPSTICK ANDA"


*Untuk maklumat lanjut mengenai produk kosmetik Mary Kay, boleh hubungi Sue as your Beauty Consultant.


Suehaiza Salam
Perunding Kecantikan Mary Kay
010-2288936

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK