PERUNDING KECANTIKAN MARY KAY

Teks : Suehaiza Salam

Alhamdulillah, secara rasminya Sue telah pun berdaftar sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay. Tak sangka dan bagai mimpi pula sebab dapat bergelar perunding kecantikan bagi produk tersohor dalam dunia kecantikan iaitu Mary Kay.

Semuanya bermula apabila Sue tercari-cari produk kecantikan kulit. Al-maklum bila usia makin meningkat, rejim penjagaan kulit perlu lebih teliti dilakukan sesuai dengan keadaan kulit yang semakin matang.

Sebenarnya Sue dah lama juga dengar tentang produk Mary Kay. Tetapi masa tu tak teringin pula nak mencuba sebab selesa dengan produk kecantikan yang sedia ada. Sue memang sangat mengambil berat dengan penjagaan kulit terutama sekali kulit muka. Sejak dari zaman sekolah, mama Sue selalu memberi nasihat tentang pentingnya penjagaan kulit. Percaya tak seawal sekolah menengah dulu, Sue telah mempraktikkan regim penjagaan muka yang lengkap iaitu, Membersih, Menyegar dan Melembap. 

Seminggu sekali, Sue akan disuruh oleh mama untuk 'steam' muka dengan air separuh panas. Tapi sebelum itu Sue akan cuci bersih dan pastikan tiada langsung sisa kotoran atau solekan pada kulit muka. Kemudian barulah kita boleh mulakan 'steam' muka. Caranya adalah dengan menuang air separuh panas yang telah dimasak ke dalam besen atau mangkuk besar, kemudian ambil tuala dan selubungkan kepala kita ke wap air separuh panas tu.  Buat selama 10 hingga 15 minit. Mula-mula memang kita tak tahan dengan wap tu, tapi percayalah lama kelamaan kita akan biasa dan seronok nak buat lagi.

'Steam' muka adalah salah satu cara terbaik untuk membersihkan kotoran di muka.  Ianya juga bagus untuk menghindari pori-pori tersumbat, jerawat dan jeragat.  Satu tips yang Sue nak kongsi di sini, bagi kulit muka yang berminyak 'steam' muka ini boleh dilakukan setiap hari, manakala bagi yang mempunyai kulit kering, 'steam' muka hanya boleh dilakukan seminggu sekali bagi mengelakkan kulit muka akan menjadi lebih kering.

Selepas selesai 'steam' muka, kulit wajah akan bersih dan pori-pori telah terbuka, Sue akan letakkan pula masker pada seluruh wajah kecuali pada mata dan mulut.  Cara ini penting kerana apabila pori-pori kulit terbuka, masker akan lebih terserap masuk dalam kulit.

Itu sahaja perkongsian yang boleh Sue kongsikan dengan anda semua pada kali ini. Boleh cuba sendiri tips yang Sue kongsikan di atas tadi yea. Pada yang nak bertanya apa-apa boleh tinggalkan komen anda, insya-Allah dengan senang hati Sue akan jawab persoalan anda nanti.

Jangan lupa teruskan singgah di blog Sue kerana banyak lagi tips tentang kecantikan akan Sue kongsikan terutama sekali dengan produk-produk Mary Kay yang sangat berkualiti.


Salam sayang,


Suehaiza Salam
010-2288936
suehaiza.salam@gmail.com


Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK