PRAKTIKKAN SENAMAN - JOM BERSENAM!

Teks : Suehaiza Salam

Assalammualaikum.

Selamat pagi semua.  Segar je badan selepas sesi senaman pagi bersama-sama rakan-rakan staf di pejabat.  Siapa kata senaman itu susah? Ianya susah sebab kita yang MALAS nak buat. Sebenarnya tidak perlu pun kita beria-ia sangat, cukup setakat buat regangan dan ikut sedikit senaman-senaman biasa yang kita tengok di dalam majalah dan televisyen.
Lepas itu, boleh mula bekerja. Kalau nak senaman berat itu, eloklah dibuat semasa hujung minggu.





















Entri pada hari ini, Sue nak berkongsi tentang 'Praktikkan Senaman'
Harapan Sue semoga perkongsian ini dapat kita sama-sama amalkan.

Bagaimana hendak bersenam?

  • Pertama jadikan senaman sebagai amalan hidup kita.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan kita.
  • Apabila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi.
  • Senaman yang tidak berkala tidak akan memberi kita apa-apa manfaat.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sesi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Lakukan senaman dengan betul tetapi tidak memudaratkan diri.

Oleh itu dengan berpandukan tips di atas apa kata kita mulakan program senaman kita perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke semasa.


Di sini Sue cadangkan sejenis senaman yang mudah dan bagus untuk kita lakukan.
SENAMROBIK. Ye, senamrobik ini akan lebih seronok jika kita lakukan bersama dengan alunan muzik. Barulah ada 'feel' masa sedang bergoyang-goyang tu. Betul tak?

Kebaikan senamrobik ialah:-
  • Menguatkan ketahanan fizikal dan jantung kita.
  • Ia melatih jantung, parut-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.
Jadi jom kawan-kawan semua kita cuba bersenam mulai sekarang. Kalau rasa tiada masa nak bersenam di luar rumah, cari dan beli DVD senaman yang banyak dijual di kedai-kedai video di luar sana. Pasang kat rumah dan bersenam bersama keluarga, lagi ramai lagi seronok tau!. Baru semangat!!.
Jadikan ianya satu azam sempena kita akan memasuki tahun baru 2017 nanti. Kalau nak buat, mulalah dari sekarang yea.

JOM BERSENAM!! 

Salam sayang,

Suehaiza Salam
010-2288936
suehaiza.salam@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK