5 PERKARA ORANG ISLAM PATUT TAHU BERKENAAN DENGAN KESIHATAN


Teks : Suehaiza Salam

5 Perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan.  Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut :-

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lema yang terkumpul. Kita boleh lihat orang yang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, insya-Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa mililiter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak di penuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion positif (+) manakala dalam ikan mengandungi ion negatif (-), jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


Sabda Nabi, Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya-Allah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.



Suehaiza Salam
010-2288936
suehaiza.salam@gmail.com




Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK