RAHSIA CANTIK SIHAT SUEHAIZA SALAM

Teks : Suehaiza Salam
Foto : Suehaiza Salam

Catatan untuk hari ini ialah Sue nak berkongsi rahsia cantik dan sihat yang Sue praktikkan.  Sue cuba kekalkan rutin penjagaan diri dan kecantikan ini sejak dari bangku sekolah lagi.
Zaman sekolah dulu, kulit Sue agak gelap sebab aktif dalam aktiviti luar terutama sekali acara sukan sekolah.  Walaupun begitu, kulit Sue bersih tanpa sebarang jerawat dan warna kulit yang tidak sekata.

Allah SWT telah berikan kita anugerah kulit yang sihat dan cantik sebenarnya.  Adalah menjadi tugas kita pula untuk menjaga sebaik mungkin kurniaan Allah ini.  Sementelah sekarang bila dah ada kerjaya, keluarga dan kehidupan yang super sibuk, rutin penjagaan perlu dilakukan dengan teliti dan dikekalkan.

Antara tips yang Sue praktikkan ialah:-


1. Minum Air 3 Liter Sehari

Mahu atau tidak mahu, memang inilah rutin kita sepatutnya.  Jadikan amalan harian untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.  Ini adalah tips yang Sue dapat semasa menghadiri satu seminar kesihatan baru-baru ini.  Kita bekerja seharian di bawah persekitaran yang berhawa dingin, jadi kulit kita akan menjadi lebih kering.  Untuk hidrat semula, kita perlu minum air dengan banyak.


2. Tidur Yang Cukup, Sekurang-Kurangnya 6 Jam

Tidur yang berkualiti amat penting bagi kita wanita yang bekerjaya.  Bila balik dari pejabat, kita menguruskan hal-hal di rumah pula.  Cuba kita selesaikan semua kerja sebaik mungkin dan tidur sekurang-kurangnya 6 jam.  Selain untuk lebih sihat, tidur yang cukup juga mengelakkan 'eye bag' di bawah mata kita.


3. Menggunakan Pelembab Kulit Dan Sinar UV

Dapatkan losen pelembab yang sesuai dengan kulit kita.  Sapukan pada seluruh anggota badan, seeloknya selepas mandi dan pada waktu malam sebelum tidur.  Amalkan pemakaian krim pelindung UV, bila kita keluar dari rumah.  Tidak kira berapa SPFnya.  Tujuannya adalah untuk menghindari kulit kita dari sinaran UV yang berbahaya.
Walaupun kita kerja di pejabat yang tertutup, tapi disebabkan cuaca kita yang tidak menentu WAJIB pakai krim pelindung UV.  Waktu malam, seeloknya sapukan krim malam atau serum pada wajah kita.  Ini adalah kerana waktu malam adalah waktu yang terbaik untuk rehatkan kulit kita, jadi dengan sapuan krim malam atau serum memang sangat membantu.


4. Bersenamlah, 3 Kali Seminggu (20 Minit Setiap Sesi)

Kalau diturutkan hati memang Sue malas nak bersenam, apatah lagi terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Dengan kerja di pejabat, di rumah dan masa yang terlalu terhad.  Tapi percayalah senaman memang sangat membantu kita kekal sihat dan cantik.  Sue sangat gemar ikut aktiviti senaman di YOU TUBE dan jogging di sekitara taman perumahan atau di taman rekreasi pada hari cuti.

5. Amalkan Pemakanan Sihat, Sayur Dan Buah-Buahan

Jadikan amalan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu seharian kita.


6. Ambil Vitamin/Makanan Tambahan Secukupnya Setiap Hari

Macam Sue, amalan mengambil vitamin ini telah diterap oleh keluarga sejak kecil lagi.  Sehinggalah sekarang Sue masih lagi mengambil vitamin sebagai makanan tambahan dalam menu seharian. Jenama vitamin yang Sue gemari ialah Shaklee.  Hampir 5 tahun Sue dengan Shaklee bersama, dan vitamin yang Sue amalkan ialah Vita-Lea, Sustained Release Vita C, Vita E Complex dan Kalsium Ostematrix.  Selain itu juga, Sue minum BB Plus Collagen sebagai makanan tambahan untuk kulit.


7. Facial Treatment, Urutan Badan, SPA

Sebulan atau dua bulan sekali, Sue akan pergi ke pusat kecantikan atau spa untuk facial treatment dan urutan badan.  Asyik bekerja, kadangkala kita kena juga belai dan berikan treatment pada wajah dan anggota badan kita.  Kalau tiada bajet, buatlah sendiri facial di rumah.  Sekarang, telah banyak kedai yang menjual peralatan facial bagi memudahkan kita melakukannya di rumah. Jadi ianya lebih menjimatkan. Rutin penjagaan kulit yang perlu diamalkan ialah Membersih, Menyegar dan Melembap.  Untuk diri Sue sendiri produk Mary Kay - Miracle Set menjadi pilihan.


8. Sentiasa Yakin, Positif Dan Perbanyakkan Doa

Kita kena selalu yakin dan positif pada diri kita.  Tunjuk pada orang, apa kelebihan yang kita ada.  Dan selepas setiap solat, banyakkan berdoa dan mohon supaya kita sentiasa dalam lindungan NYA.


9. Bersoleklah Wahai Wanita

Bersoleklah anda wahai wanita. Tidak kira sama ada kita suri rumah atau wanita berkerjaya, bersoleklah kita walau sekadar mengoles gincu di bibir.  Solekan tipis mampu menaikkan seri di wajah kita.  Produk Mary Kay ada pelbagai kosmetik yang boleh anda cuba, sesuai untuk pelbagai jenis kulit.


10. PREMIUM BEAUTIFUL

Akhir sekali sarunglah korset Premium Beautiful. Ini adalah salah satu usaha Sue untuk sentiasa tampil lebih yakin, sihat dan cantik.  Bentuk tubuh akan lebih terletak cantik tanpa lemak-lemak degil bila pakai korset Premium Beautiful ini.


Itulah antara tips kecantikan dan kesihatan yang menjadi amalan dapat Sue kongsikan pada semua.  Perkara yang baik, perlu kita sebarkan agar semua dapat manfaat daripadanya.
Semoga anda semua gembira dengan entri Sue ini.




Suehaiza Salam
010-2288936
suehaiza.salam@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK