MARY KAY TIMEWISE LIQUID FOUDATION - UNTUK KULIT NORMAL HINGGA KULIT BERMINYAK


Foundation atau bedak asas adalah salah satu bahan solekan yang digunakan untuk menutup kekurangan, sekatakan warna kulit dan boleh memberi efek flawless pada kulit muka kita.  Foundation juga ada dalam bentuk cecair, krim dan juga bentuk stick.
Tetapi bentuk cecair adalah paling popular memandangkan ianya lebih cepat meresap dalam kulit.

Apa yang Sue nak sharekan di sini ialah Mary Kay Timewise Liquid Foundation.  Ada 2 jenis, satu untuk kulit kering ke normal (Luminous Wear) dan satu lagi adalah untuk kult kombinasi ke berminyak (Matte Wear).  So kita boleh pilih mana-mana yang sesuai dengan jenis kulit kita. Jangan pakai sebarangan pulak, sayang tau kat kulit kita.




Fondation Mary Kay juga sesuai dipakai setiap hari kerana ianya tidak menyumbat pori kulit. Ada sesetengah foundation di pasaran bahannya boleh menyumbat pori, akibatnya pori tersumbat dan boleh menimbulkan jerawat pada kulit muka.

Oleh kerana foundation ini adalah terdiri dari salah satu rangkaian produk Timewise iaitu produk anti-penuaan, pemakaian foudation ini kulit akan tampak lebih muda dan tegang. Best kan.

Antara faedah dari pemakaian Mary Kay Timewise Liquid Foundation ini ialah :
  • Kulit segera tampak lebih matte dan cerah.
  • Kulit tampak lebih berseri sepanjang hari.
  • Bagi kulit berminyak, ianya boleh mengawal minyak dan kilatan sepanjang hari.
  • Kulit kelihatan lebih tegang, muda dan sihat.
  • Boleh mengurangkan garis halus dan kedutan.
  • Mengurangkan penampilan pori.
  • Warna kekal seperti asal walaupun selepas berjam-jam pemakaian.
  • Formula ringan dan boleh di sapu rata dan licin pada kulit.



Ada pelbagai cara penggunaan Mary Kay Liquid Foundation ini.  Kita boleh gunakan berus, span atau hujung jari.  Cara yang paling popular ialah dengan menggunakan hujung jari dan ratakan pada keseluruhan kulit muka.  Kalau Sue, suka guna span. 

Caranya, mula-mula titikkan foundation di atas dahi, pipi, hidung dan bawah dagu dengan menggunakan jari. Kemudian gunakan span biasa dan ratakan di seluruh muka. Jangan lupa sebelum guna foundation, pastikan kulit kita telah disapu dengan rangkaian penjagaan kulit yang lain seperti softener, pelembab dan hydrating gel. Semua ini akan membantu penyerapan foundation pada kulit dan hasil akan lebih flawless giteww.

Satu tip yang Sue nak beritahu semua, kalau ini adalah pengalaman pertama anda menggunakan foundation, perlu anda tahu kulit akan mengambil masa 3-7 hari untuk serasikan sebarang produk yang digunakan pada kulit muka. Pada mulanya kulit mungkin akan nampak bercapuk teruskan pemakaian kerana lama kelamaan ianya akan serasi seterusnya menjadikan kulit lebih cantik.

Untuk konsultasi dan percubaan produk secara PERCUMA, anda boleh berhubung terus dengan Sue melalui whatsapp atau telefon terus Sue ye.


Suehaiza Salam
Mary Kay Beauty Consultant
010-2288936


Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK