APA ITU KRIM BB, CC DAN DD?

Teks: Suehaiza Salam


Biasa dengar BB Cream? Sekarang popular dengan CC Cream dan paling terkini ialah DD Cream.

Apa itu krim BB, CC dan DD?. Masing-masing ada makna, kandungan dan kelebihan yang tersendiri.
Hari ini perkongsian yang Sue nak kongsikan pada semua ialah tentang ketiga-tiga krim ajaib ini.


Krim BB atau BB Cream bermaksud Blemish Balm, Blemish Base dan Beauty Balm. Atau dalam bahasa melayu nya, Krim Cacat Cela.
BB Cream digunakan sebagai asas sebelum kita mula bersolek. BB Cream juga dipromosikan sebagai produk semua-dalam-satu kosmetik muka untuk menggantikan serum, pelembap, bedak asas dan krim tabir suria (sunblock).

BB Cream didatangkan dalam pelbagai formulasi. Ada yang menawarkan pelbagai warna untuk warna kulit yang berbeza. Kebanyakan formula direka untuk mengoksidakan pelbagai warna kulit pengguna. Sebab itu, kadang-kadang kita ada nampak di pasaran BB Cream berwarna putih, beige dan ungu. Setiap satu adalah mengikut tona kulit yang berbeza.


CC Cream bermakna Color Control cream atau Color Correcting cream. CC Cream di katakan boleh mengurangkan kemerahan kulit, kepudaran atau meningkatkan tona kulit tidak sekata.  Kebanyakan CC Cream bersifat anti-penuaan dan tekstur krim adalah lebih ringan berbanding BB Cream.

Dan perkongsian terakhir ialah DD Cream. Paling senang difahami DD bermaksud Daily Defence, Does It All dan Dynamic Do All.


Di pasaran Asia, DD Cream masih baru dan belum popular.  DD Cream ini katanya lengkap pakej semua sekali dalam satu krim - Defines, Delays, Delights dan Delivers.

Itulah dia sedikit info berkenaan ketiga-tiga krim kecantikan ini.  Nak lebih tepat boleh juga rujuk gambar di bawah sumber dari encik Google hehe.




Dengan adanya info ini, kita sebagai wanita boleh pilih krim yang sesuai dengan kulit kita. Walau apapun paling penting rejim penjagaan kulit perlulah kita disiplin lakukannya setiap hari.
Mencuci, Menyegar dan Melembap - rutin yang ini jangan dilupa ye.


Suehaiza Salam
suehaiza.salam@gmail.com

Comments

  1. Baru tahu yang! Kalau x main bantai je smua
    Tq! 😊😊😊
    ShidahZabil

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem dear. tq sudi baca. sharing is caring.
      so lepas ni, jangan salah krim ye :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK