MARY KAY REPLENISHING SERUM C


Teks : Mkay Suehaiza
Foto : Google Images




Hello! Malam ini Sue nak sharing produk terbaru dari Mary Kay iaitu TimeWise Replenishing Serum C.

Tapi sebelum itu, apa sebenarnya fungsi serum ye?
Sebenarnya fungsi serum ialah bergantung kepada bahan aktif yang ada di dalamnya.  Ada yang untuk merawat kedutan, jeragat, anti-penuaan, pigmentasi mencerahkan kulit dan sebagainya.
Bermakna serum adalah untuk melengkapkan lagi perawatan kecantikan kulit.

Nak tahu hasil dari satu kajian pengguna selepas menggunakan TimeWise Replenishing Serum C ialah:

90% mengatakan kulit tampak lebih elok.
89% mengatakan kulit terangkat dan cepat pulih.
86% mengatakan kulit lebih sihat.

Okay sekarang Sue nak beritahu pula apa kerja TimeWise Replenishing Serum C ini pada kulit kita,

i) Ianya kaya dengan antioksidan bermakna kulit akan lebih sihat dan tidak mudah teroksidan.

ii) Membantu mengekalkan kolagen yang sedia ada. Maknanya dalam kulit kita ini telah ada kolagen, jadi kita kena jaga dan pakai serum ini supaya kekal anjal dan tidak terurai.

iii) Dalam TimeWise Replenishing Serum C ada bahan semulajadi yang membantu mengekalkan elastin yang memberi keanjalan pada kulit. Nanti akan ada kesan macam spring pada kulit.

Macam mana? Terpegun tak baca macam mana effek Serum C ini pada kulit?

Okay now Sue nak share pulak apa ramuan semulajadi yang ada dalam Serum C ini,

Ekstrak Delima - Kaya vitamin dan antioksidan.
Ekstrak Kakadu Plum - Kepekatan vitamin C yang paling tinggi.
Ekstrak Camu Camu - Kedua tertinggi kepekatan vitamin C.
Ceri Acerola - Kaya vitamin C dan vitamin A dengan faedah antioksidan yang kuat.
Beri Anggur Hitam - Vitamin C dan mineral yang tinggi.




Wahh banyak betul kandungan vitamin C dalam TimeWise Replenishing Serum C ini, memang tak perlu ragu-ragu lagi kan, produk Mary Kay memang sentiasa berkualiti dan tidak pernah mengecewakan.

Siapa yang boleh pakai Serum C ini?

Wanita yang ingin meningkatkan lagi rejimen penjagaan kulit penentang usia dan pada yang sedang menggunakan Set TimeWise Miracle dan ingin upgrade memakai Serum C ini.

Jadi pada yang belum lagi mencuba serum atau tiada dalam rejimen penjagaan kulit, boleh mula gunakan TimeWise Replenishing Serum C.

Juga pada yang telah menggunakan Miracle Set TimeWise elok sangatlah kalau anda boleh tambahkan serum ini pula.

Walau bagaimanapun, Sue harap pada sesiapa yang nak cuba tu boleh la hubungi Sue dulu untuk sesi analisis kulit. Sebab as Beauty Consultant Sue harus consult dulu dan tahu jenis produk yang sesuai untuk kulit anda.

Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat pada anda yang membaca.
Jangan segan-segan ye contact Sue untuk info lanjut.



Love.

Suehaiza Salam
010-2288936
Mary Kay Beauty Consultant

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK