Teks: Suehaiza Salam Biasa dengar BB Cream? Sekarang popular dengan CC Cream dan paling terkini ialah DD Cream. Apa itu krim BB, CC dan DD?. Masing-masing ada makna, kandungan dan kelebihan yang tersendiri. Hari ini perkongsian yang Sue nak kongsikan pada semua ialah tentang ketiga-tiga krim ajaib ini. Krim BB atau BB Cream bermaksud Blemish Balm, Blemish Base dan Beauty Balm. Atau dalam bahasa melayu nya, Krim Cacat Cela. BB Cream digunakan sebagai asas sebelum kita mula bersolek. BB Cream juga dipromosikan sebagai produk semua-dalam-satu kosmetik muka untuk menggantikan serum, pelembap, bedak asas dan krim tabir suria (sunblock). BB Cream didatangkan dalam pelbagai formulasi. Ada yang menawarkan pelbagai warna untuk warna kulit yang berbeza. Kebanyakan formula direka untuk mengoksidakan pelbagai warna kulit pengguna. Sebab itu, kadang-kadang kita ada nampak di pasaran BB Cream berwarna putih, beige dan ungu. Setiap satu adalah mengikut tona kulit yang berbeza....