10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

Teks : Suehaiza Salam


Entri kali ini, Sue nak kongsi 10 ciri untuk menjadi USAHAWAN WANITA yang berjaya.

1. KEPERCAYAAN PADA DIRI SENDIRI

Jika kita tidak mempunyai keyakinan diri sendiri untuk berjaya, maka segala-galanya yang telah kita usahakan tidak akan membuahkan hasil.
Percaya pada diri dan percaya kita boleh lakukannya.


2. BERCITA-CITA TINGGI

Khas untuk usahawanita, cabar diri sendiri untuk berjaya seperti orang lain. Kita perlu ada cita-cita yang tinggi. Dengan cita-cita tersebut barulah kita berani mencabar diri kita untuk berjaya.


3. TAMPAK BERKEYAKINAN

Jagalah ketrampilan diri dan tunjukkan imej keyakinan kita. Dalam membina bisnes, tahap keyakinan diri sendiri amat penting untuk MEMENANGI dan MENAMBAT hati pelanggan-pelanggan kita. Bila kita tampak yakin, kita juga akan meraih kepercayaan mereka dan dalam masa yang sama dapat memupuk reputasi yang kukuh.


4. KEGHAIRAHAN TERHADAP PRODUK

Usahawan wanita yang berjaya mempunyai minat dan keghairahan yang mendalam tentang apa yang mereka ceburi.  Oleh itu, dengan mempunyai minat dan keghairahan tersebut kita akan lebih cenderung mewujudkan bisnes yang kita nikmati.  Jadi, para wanita semua terokailah di mana letaknya minat kita. Letakkan kepercayaan kita dan jadikan ia sesuatu yang kita benar-benar boleh rasa bangga.
Sebagai contohnya Sue amat mempercayai keberkesanan produk Premium Beautiful.  Selain dari menjual, Sue sendiri pengguna tegar korset Premium Beautiful ini. Barulah kita boleh berkongsi dengan lebih efisien keajaiban dan kelebihan produk yang ingin kita jual.


5. RENDAH DIRI DAN KESEDIAAN UNTUK BELAJAR

Kita tidak boleh duduk berlengah dan mudah rasa puas hati apabila mengusahakan bisnes sendiri. Dalam apa jua industri yang kita ceburi, kita perlu sentiasa berinovas agar dapat bersaing dengan usahawan-usahawan lain.
Luangkan sedikit masa kita dengan menghadiri bengkel, majlis ilmu, membuat kajian sendiri dan belajar daripada orang lain yang lebih berpengalaman.


6. HALA TUJU KITA

Kita perlu percaya bahawa kita ditakdirkan untuk perkara yang HEBAT dan BAIK. Untuk memulakan sesuatu bisnes yang berjaya kita perlu mempunyai hala tuju yang jelas.


7. KETEGASAN

Sebagai wanita, kita tidak lari dari sikap lemah lembut. Namun untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya atau WOMANpreneur, kita perlu bersikap lebih tegas. Ianya penting kerana dengan ketegasan orang lain akan lebih menghormati kita. Cuma dengan kelembutan, jangan sesekali kita tonjolkan kelemahan kita.


8. KERJA KERAS

Kita boleh mempunyai kecerdasan luar biasa, mempunyai banyak kenalan atau mempunyai banyak peluang keemasan tetapi akhirnya, hanya dengan kerja keras barulah kita akan mengecapi kejayaan yang cemerlang.


9. KEBERANIAN

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, untuk menguruskan sesuatu bisnes, kita perlu berhadapan segala cabaran dengan teguh hati. Kita perlu paksa diri untuk keluar dari ZON SELESA yang kita pernah berada di dalamnya. Bermakna kita perlu berani mengambil risiko dan sudi terima bila sesuatu kesilapan berlaku.


10. KEGIGIHAN

Memulakan sesuatu perniagaan adalah satu perkara yang cukup sukar. Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu gigih dan tidak boleh mudah berputus asa.
Tentunya ada hari yang kita akan berasa hampa sekali dan rasa hendak menyerah kalah. Tetapi ingatlah kenapa pada awalnya kita bercadang untuk memulakan perniagaan.


Itula antara ciri USAHAWAN WANITA yang berjaya. Sue juga berharap dapat mempraktikkan ciri-ciri di atas. Bukan mudah untuk berjaya dan bukan mudah laluan yang kita pilih ini tetapi jika kita ada kepercayaan, ada usaha, insya-Allah kita akan BERJAYA.

Sue doakan kita semua akan SUKSES dalam apa jua bidang kita ceburi.
Aminnn.


Salam sayang,

Suehaiza Salam
010-2288936
suehaiza.salam@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK