TRIK BIJAK SEMBUNYI 'SPARE TYRE'

Teks : Suehaiza Salam

Wanita selepas kahwin atau selepas melahirkan anak selalunya bentuk badan akan berubah sedikit. Betul tak?
Sememangnya hampir kesemua wanita menghadapi masalah ini. Tapi dalam masa yang sama wanita masih lagi nak bergaya, dan kelihatan cantik.

Entri kali ini, Sue nak kongsikan cara bijak untuk kita sembunyikan 'spare tyre' atau lemak berlapis-lapis, berlipat-lipat tu.

  • 'Tuck In' - Biar sehebat mana fenomena melanda fesyen, jangan sesekali kita mencuba gaya ini sebab tindakan memasukkan baju ke dalam seluar atau skirt hanya akan membuka rahsia 'bahagian' itu.
  • Fabriknya perlu 'KENA' - Jika kita mempunyai tubuh berisi dan perut yang berlipat, kain jenis melekat pada tubuh paling tidak sesuai untuk kita pakai. Jika kita sarungkan juga busana dengan fabrik ini, ia akan menarik perhatian orang untuk melihat segala KEKURANGAN yang ada pada tubuh kita. Fabrik satin atau kapas adalah yang paling baik untuk pemilik tubuh yang agak gempal.

  • Hitam, Godaan Selamanya - Rona selamat. Wanita tidak boleh tinggalkan warna ini. Baju atau seluar warna hitam sememangnya dapat membantu menyembunyikan 'kekurangan' yang ada. Tambahan pula ia dapat menyerlahkan lagi keseksian dalam diri kita.  Inilah gaya menggoda sepanjang zaman. Kata orang putihnya 'Evergreen'.


  • Korset, Penyelamat Terbaik! - Korset adalah penyelamat terbaik buat kita yang inginkan perut ramping tanpa lipatan.  Disarung terutama sekali pada majlis-majlis yang perlu dihadiri.
  • Sarungkan Jaket ke Tubuh - Salah satu cara paling baik untuk sembunyikan perut berlapis adalah dengan mengenakan jaket. Pilih jaket yang mengikut bentuk tubuh untuk ilusi tubuh yang langsing. Elakkan jaket yang terlalu besar supaya tubuh tidak nampak berisi.


  • Pilih Saiz Yang Betul - Ketika mencari apa sahaja jenis baju, seluar atau skirt, pastikan saiznya betul dan sesuai dengan bentuk tubuh badan kita. Memilih pakaian atau busana yang ketat atau terlalu besar akan mengganggu penampilan. Dan paling teruk bila gaya kita dianggap berlebihan dan orang pun tahu kita cuba SEMBUNYIKAN sesuatu.
Jadi rakan wanita semua, selamat mencuba trik yang dikongsikan.
Paling dicadangkan sarung korset Premium Beautiful. Cuba dulu baru tahu resultnya.
Sue sendiri pengguna tegar korset Premium Beautiful. Alhamdulillah korset Premium Beautiful tidak pernah mengecewakan Sue.

For FREE Consultation dan info berkenaan korset hebat ini hubungi Sue ye.


Suehaiza Salam
010-2288936
suehaiza.salam@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK