PERKONGSIAN - BUKU AMALAN MURAH REZEKI


Teks : Suehaiza Salam

Assalammualaikum.

Masa berlalu begitu pantas, tanpa kita sedar rupanya banyak lagi perkara yang tidak kita lakukan. Sama ada tidak sempat, saja lengahkan atau memang kita tidak dapat nak lakukan dek kerana kekangan masa yang kita hadapi.

Update untuk hari ini adalah untuk berkongsi dengan pembaca semua tentang Rahsia Murah Rezeki.

Rezeki...
Perkataan yang maknanya sungguh luas. Kalau dulu, Sue ingat rezeki itu maksudnya duit, gaji yang kita dapat tiap bulan dan hasil yang kita dapat dari aktiviti jual beli yang kita usahakan. Tapi rupanya rezeki ini datang dari segala macam sudut.  Masya-Allah kerdil sungguh rasa diri ini.

Jom nak berkongsi sedikit tips dan rahsia yang Sue dapat hasil dari bacaan buku AMALAN MURAH REZEKI, hasil tulisan dari Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood.
Ada 15 rahsia yang terkandung dalam buku ini. Tapi Sue nak kongsi 5 sahaja dulu ye.
Jom kita sama-sama manfaatkan ilmu ini.




Erti murah rezeki ialah 'rezeki yang mudah atau senang didapati setelah berusaha dan berikhtiar dengan jalan yang halal'.

Rahsia 1
Beristighfar dan Bertaubat

Caranya:

  • Meninggalkan dosa
  • Menyesal kerana perlakuannya itu
  • Berazam untuk tidak melakukannya lagi
  • Mengembalikan kepada yang empunya hak tersebut

Rahsia 2
Bertakwa kepada Allah

Caranya:
  • Memelihara diri daripada perlakuan yang mengakibatkan dosa iaitu dengan meninggalkan larangan-larangan Allah

Rahsia 3
Sentiasa Mengingati Allah

Caranya:
  • Menjadikan segala amalan IKHLAS kerana Allah dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW

Rahsia 4
Beribadah kepada Allah dengan sebenar-benarnya

Caranya:
  • Melakukan amal ibadat secara ISTIQAMAH dengan ikhlas kerana Allah
  • Melakukan ibadah secara bersungguh-sungguh

Rahsia 5
Bertawakal kepada Allah selepas berusaha

Caranya:
  • Penyerahan diri secara sepenuhnya kepada Allah selepas menjalankan tindakan yang wajar



Alhamdulillah itu adalah antara Rahsia Murah Rezeki yang dapat Sue kongsikan untuk bacaan semua pada hari ini.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh beli dan baca buku AMALAN MURAH REZEKI AGAR HIDUP BERTAMBAH BERKAT terbitan Telaga Biru.
Sharing is Caring...


Semoga dengan perkongsian ini, kita semua akan dapat praktikkan dan semoga Allah akan mempermudahkan lagi urusan kita. Aminn.


Suehaiza Salam
suehaiza.salam@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK