Posts

MUHAMMAD SYAAMIL BISYARI - 5 TAHUN

Teks : Suehaiza Salam SELAMAT HARI JADI BUAT ANAKANDA MUHAMMAD SYAAMIL BISYARI

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 57 BUAT MAMA TERSAYANG

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Alhamdulillah, bertambah lagi umur bonda tercinta. Genap umur 57 tahun pada hari ini 13 Mac 2017. Pagi-pagi lagi Sue telefon mama, ucap selamat ulangtahun siap nyanyikan lagu selamat pada dia. Syukur Allah masih lagi memberi Sue peluang mendapat kasih sayang dari seorang yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang ibu, tetapi teman suka dan duka dari kecil sehingga sekarang. Walaupun sejak 2 tahun yang lalu, Sue tidak lagi menetap di Kuala Lumpur tetapi Sue takkan pernah lupa hubungi mama, bertanya khabar, meluah rasa, bergosip dan bergelak ketawa. Mama adalah teman karib dan pendengar setia segala luahan Sue. Sesungguhnya jasa, budi baik mama melahirkan dan membesarkan Sue, tidak akan pernah dapat dibalas walau dengan segunung emas. Allah, emosi pulak bila terkenangkan mama. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat buat mama ku, Zainah binti Manap. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan dalam lindungan Allah selalu ...

TIPS GAYA HIDUP SIHAT

Teks : Suehaiza Salam Tarik nafas dalam-dalam.  Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda. ********************************************************************************* Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit. ********************************************************************************* Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam. ******************************************...

MARY KAY - GEL SEMI MATTE LIPSTICK

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Mary Kay dan Google Wajib ada satu lipstick Gel Semi-Matte Mary Kay dalam beg tangan semua wanita. Kenapa? Apa yang bagus sangat dengan lipstick ini? Kalau nak tahu, lipstick Gel Semi-Matte Mary Kay ini telah memenangi Anugerah Fall Beauty Award. Hebat kan tu? Formula gel yang ringan, teknologi 'Cushion Matrix' terkini iaitu mengandungi mikrosfera silika yang amat kecil untuk penyerapan dan tahan lama. Kesan fokus yang lembut dan menutupi masalah bibir gelap atau tona tidak sekata, mengandungi minyak bunga matahari dan ekstrak jojoba untuk melembabkan bibir dan ianya didatangkan dalam bekas 'clear top window' untuk memudahkan kita memilih warna lipstick kegemaran kita. Lipstick Gel Semi-Matte ini ada 7 warna hebat iaitu :- - Bashful You - Rich Truffle - Mauve Moment - Powerful Pink - Always Apricot - Midnight Red - Crushed Berry Sue suka sangat dengan semua warna koleksi gel semi-matte i...

ULANGTAHUN KE 9 - SUEHAIZA DAN SUHAIMI

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Alhamdulillah sudah menginjak ke angka 9, usia perkahwinan Sue dan suami. Syukur dengan kebahagiaan ini, semoga kekal hingga jannah. I love you Walid Mie forever and ever. Suehaiza Salam Beauty Skin By Suehaiza

MARY KAY - TIMEWISE MIRACLE SET

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Google Memperkenalkan set TimeWise Miracle untuk penuaan awal hingga sederhana 25 tahun hingga 40-an. Sebenarnya bila usia menginjak 25 tahun, tanda penuaan sudah mula ada.  Selain pemakanan sihat, set ini paling sesuai untuk mencegah penuaan berlaku dengan lebih awal. Perkongsian menarik hari ini yang ingin Sue sampaikan pada para wanita semua ialah FUNGSI dan FAEDAH produk Mary Kay TimeWise Miracle Set. Membersih untuk menanggalkan solekan dan kotoran pada kulit muka. Mengelupas untuk menanggalkan sel mati di permukaan kulit yang menjadikan kulit kusam. Menyegarkan kulit untuk merapi dan memperhalus pori kulit. Melembap untuk menghidratkan kulit supaya lembut dan licin. Melicinkan dan melembutkan kulit. Mengurangkan garisan halus dan kedutan. Menegang dan mencergaskan kulit. Membina semula kulit. TimeWise Miracle Set ini didatangkan dalam dua set yang berbeza, bergantung dengan jenis kulit iaitu set Normal/Kering dan K...

RAHSIA CANTIK SIHAT SUEHAIZA SALAM

Image
Teks : Suehaiza Salam Foto : Suehaiza Salam Catatan untuk hari ini ialah Sue nak berkongsi rahsia cantik dan sihat yang Sue praktikkan.  Sue cuba kekalkan rutin penjagaan diri dan kecantikan ini sejak dari bangku sekolah lagi. Zaman sekolah dulu, kulit Sue agak gelap sebab aktif dalam aktiviti luar terutama sekali acara sukan sekolah.  Walaupun begitu, kulit Sue bersih tanpa sebarang jerawat dan warna kulit yang tidak sekata. Allah SWT telah berikan kita anugerah kulit yang sihat dan cantik sebenarnya.  Adalah menjadi tugas kita pula untuk menjaga sebaik mungkin kurniaan Allah ini.  Sementelah sekarang bila dah ada kerjaya, keluarga dan kehidupan yang super sibuk, rutin penjagaan perlu dilakukan dengan teliti dan dikekalkan. Antara tips yang Sue praktikkan ialah:- 1. Minum Air 3 Liter Sehari Mahu atau tidak mahu, memang inilah rutin kita sepatutnya.  Jadikan amalan harian untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.  Ini adalah tips yang S...