PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK


Teks : Suehaiza Salam

Allahuakbar. Lima hari telah berlalu, dan Sue ketinggalan beberapa entri untuk dimuatkan dalam blog.  Minggu yang tersangat sibuk, sebab Sue incharge jemputan dalam satu program anjuran MARA Johor.  Tu yang sibuk, tambah dengan komitmen yang sedia ada fuhh!! memang tak menang tangan. Tapi macam mana pun, asyik teringat kat blog.. Jadi alhamdulillah malam ini dengan izin Allah dapatlah Sue update blog.

Tiada yang spesifik nak dikongsikan, cuma diam tak diam kita perasan kan yang lagi 2 bulan saja kita akan masuk ke tahun baru.  Cepat betul masa berlalu. Kalau betul masa tu boleh ditukarkan kepada emas, tentu dah berkilo-kilo kita dapat. 
Membiarkan masa berlalu begitu sahaja tersangatlah rugi.  Dalam hidup ini terlalu banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa yang ada.
Apa yang telah kita capai pada tahun ini?  Salah satu azam Sue pada tahun ini ialah dapat masak, sediakan sarapan pagi untuk anak sulung Sue, Batrisyia setiap hari sebelum dia ke sekolah.
Tak kiralah walau roti disapu dengan planta, at least ada sarapan untuk dia.
Anak-anak tak boleh dibiarkan dengan perut kosong.  Macam kita juga, kalau perut kosong macam mana nak fokus buat tugasan di pejabat. Macam tu juga la anak-anak kita yang nak menuntut ilmu. Bila perut berkeroncong, tumpuan terhadap pembelajaran di sekolah tentu sahaja terganggu.
Untuk elakkan semua tu terjadi, Sue cuba sebaik mungkin bangun seawal pagi, sediakan sarapan untuk Batrisyia, kalau ada terlebih masa atau makanan, sediakan bekal juga untuk adik-adik dia ke taska.

Menu kegemaran Batrisyia ialah kuey teow goreng. Masya-Allah kalau menu inilah, senyum dia sampai ke telinga, lagi best senyum nampak gigi sekali.  Adakala dia request mihun goreng atau mee goreng.  Jadi sebagai ibu, turutkan je la selera anak.
Kalau masak menu berat macam ini, malam sebelum tidur Sue dah keluarkan apa yang patut supaya tak kelam kabut awal pagi esoknya. 



Kalau tak sempat, buat roti telur atau goreng nugget je.  Batrisyia tidak cerewet sangat, asalkan ada sarapan pagi untuk dia. Lepas tu, sediakan bekal juga untuk dia ke sekolah.  Kesian pada dia nak beratur panjang dan bertolak-tolak kat kantin sekolah tu.




Itu adalah salah satu rutin baru Sue pada tahun ini. Sebab tahun ini Batrisyia mula alam persekolahan. Puas rasa hati bila tengok anak makan makanan dari air tangan sendiri. Sedikit sebanyak tautan kasih dengan anak sangat erat. 

Tahun hadapan, Syaamil (anak kedua) pula yang akan masuk alam tadika.  Bertambah sibuklah rutin Sue sebagai Ummi.  Moga Allah permudahkan segalanya.

Ok itu sahaja catatan Sue pada malam ini. Kita jumpa lagi dalam update yang seterusnya.

Salam sayang,

Ummi Sue bersama Batrisyia


Suehaiza Salam
suehaiza.salam@gmail.com
010-2288936

Comments

  1. Dah besar kakak..thn dpn syaamil pula masuk alam pre school..good job ummi sue..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA