BADAM ATAU ALMOND DAN KHASIATNYA


Teks : Suehaiza Salam


Haa hari ini Sue nak share sikit dengan semua tentang Badam atau nama mat salehnya Almond.
Sebenarnya sebelum-sebelum ini, Sue tak pernah tahu pun khasiat badam. Selalunya makan badam tu bila makan coklat cadbury yang ada badam dalamnya. Sedap memang sedap sesuai la dengan harganya yang agak mahal.

Masa Sue mengandungkan anak kedua, biasalah awal pregnancy tu ada mabuk-mabuk, morning sickness katanya.  Tapi yang bagusnya, bila rasa loya-loya tu tekak Sue tak teringin pun nak makan benda-benda masam.  Bila loya dan mual Sue akan makan biskut kering Jacob.  Lepas tu, ada seorang officemate Sue syorkan makan badam panggang. Kata dia elok untuk baby.  Mula-mula rasa macam pelik sebab tak pernah lagi Sue tengok orang kunyah badam, kalau kekacang tu biasalah.

Jadi bermula dari situ, Sue pun beli badam yang siap dipanggang atau bakar kat satu kedai Pak Arab berdekatan dengan pejabat Sue.  Ya Allah sedap la rupanya badam bila kunyah begitu saja. Tapi yang dipanggang ye, bukan makan mentah macam tu je.
Setiap pagi Sue akan beli sebungkus badam panggang dan buat kudapan masa bekerja juga untuk hilangkan rasa loya masa mengandung.






Badam ada dua jenis iaitu pahit dan manis. Yang pahit dijadikan minyak dan yang manis dijadikan makanan.  Badam mengandungi zat protein, serat, kalsium kalium, zink, magnesium, vitamin E serta antioksidan yang tinggi.
Perasan tak badam juga digunakan dengan meluas dalam bidang kecantikan.

Contohnya seperti losyen, mandian, minyak urut dan aromaterapi.


Pengambilan badam setiap hari rupanya mampu menyihatkan diri kita. Di sini Sue kongsikan antara kebaikan badam untuk kesihatan sumber dari Majalah Mingguan Wanita.


  • Membantu Mengurangkan Berat Badan dengan minum susu badam. Ia menyumbang rasa kenyang dan mencegah makan berlebihan.
  • Baik Untuk Otak, dengan memakan setiap hari mampu memperbaik minda.
  • Sumber Hebat Antioksidan, membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidatif.
  • Mengawal Gula Dalam Darah, badam tinggi dengan lemak sihat, protein dan serat menjadikannya pilhan sempurna untuk penghidap diebetes.
  • Baik Untuk Kulit, minyak badam dikatakan boleh menambah sinar pada kulit dan memperbaik kulit wajah.
  • Mengalkalikan Tubuh, badam adalah satu-satunya kacang dan satu daripada protein yang membentuk alkali.


Wow best kan bila dapat info menarik tentang khasiat badam.  Jadi selepas ini, jom beli badam dan jadikan sebagai kudapan sihat kita.


Salam sayang,

Suehaiza Salam
suehaiza.salam@gmail.com
010-2288936

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK