SUSU KAMBING PREMIUM i-SUNNAH


Teks: Suehaiza Salam

Assalammualaikum.

Alhamdulillah dengan izin Allah, akhirnya susu penuh KHASIAT Susu Kambing Premium i-Sunnah selamat sampai ke tangan Sue.

Semestinya kita ingin setiap yang masuk dalam badan kita bersifat semulajadi.  Untuk info semua Susu Kambing Premium i-Sunnah adalah 100% susu organik dan tidak dicampur dengan sebarang susu lembu.  Apa kaitan dengan susu lembu? Mudah je, susu kambing yang dicampurkan dengan susu lembu kesannya nanti warna susu lebih KEKUNINGAN dan dijual lebih murah di pasaran.
Tapi Susu Kambing Premium i-Sunnah ini warnanya asli PUTIH seputihnya.


Susu Kambing Premium i-Sunnah mirip dengan struktur protein dan lemak susu ibu.
Jenama i-Sunnah ini sedang menjadi fenomena dalam negara kerana semakin menjadi pilihan sebagai satu lagi amalan minuman seharian. Kesan minum Susu Kambing Premium i-Sunnah ini sangat menceriakan. Khas untuk anak-anak kita, kebanyakannya apabila mengamalkan minuman sunnah ini, tidak liat bangun pagi, tengahari tidak mengantuk dan satu lagi rahsia khasiat yang wanita akan suka ialah kulit akan makin CERAH dan CANTIK.

Amalkan minum minuman sunnah ini setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi sebelum keluar rumah.

Kita sendiri maklum susu kambing ialah salah satu minuman kegemaran Baginda Nabi Muhammad SAW.  Jadi kita tidak perlu ragu-ragu menjadikan Susu Kambing Premium i-Sunnah sebagai minuman sunnah untuk kita dan keluarga kita.


Susu Kambing Premium i-Sunnah di datangkan dengan dua perisa iaitu:-
  • i-Sunnah Asli
  • i-Sunnah Kurma

Kelebihan Susu Kambing Premium i-Sunnah ialah:-
  • 100% susu kambing organik
  • Kurang pendedahan kepada haba semasa pemprosesan bagi mengekalkan nutrien semulajadi
  • Mengandungi nutrien penting yang diperlukan untuk membantu ketahanan semulajadi anak-anak kita.
  • Tidak mengandungi sukrosa

Susu Kambing Premium i-Sunnah sangat sesuai diminum oleh:-
  • Anak usia 6 bulan ke atas
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusukan anak
  • Ibu berpantang
  • Pelajar
  • Orang dewasa dan warga emas

Kita selalu dengar yang susu kambing ni berbau hamis dan tak semua orang boleh tahan dengan bau kuat susu kambing.  Tapi yang boleh Sue kongsikan dan ianya juga adalah pengalaman Sue sendiri bila mula membancuh Susu Kambing Premium i-Sunnah ialah, susu ini hampir tiada bau langsung. Susu Kambing Premium i-Sunnah Kurma pula berbau manis.
Jadi, korang jangan ragu-ragu kalau nak mula minum Susu Kambing Premium i-Sunnah ini.



Akhir sekali Sue nak kongsikan manfaat Susu Kambing Premium i-Sunnah ini,
ianya
  • Bersifat alkali
  • Menguatkan tulang
  • Menghindarkan masalah sembelit
  • Membantu sistem imunisasi bayi
  • Membekalkan nutrien badan
  • Kurang alahan dan sesuai untuk anak yang alah pada protein susu lembu
  • Memperbanyakkan susu ibu
  • Menambah kepekatan susu ibu
  • Tambahan tenaga untuk ibu menyusu
  • Membantu perkembangan bayi dalam rahim
  • Mencegah bayi dari terkena demam kuning
  • Membantu mempercepatkan pemulihan anggota dalaman ibu selepas bersalin

Baguskan dan begitu banyak sekali khasiat dan kelebihan susu kambing. Lebih lagi bila Susu Kambing Premium i-Sunnah.
Mari kita jadikan "Minuman Sunnah 1 Amalan"

*Sebarang pertanyaan berkenaan produk ini, boleh terus emel atau whatsapp Sue ye.

Salam sayang,

Suehaiza Salam
suehaiza.salam@gmail.com
010-2288936

Comments

Popular posts from this blog

MASALAH SEKITAR MATA? CUBA KRIM MATA MARY KAY DENGAN FUNGSI YANG BERBEZA

10 CIRI USAHAWAN WANITA BERJAYA

PENTINGNYA SARAPAN PAGI UNTUK ANAK-ANAK