2017 - DARE TO DREAM
Teks : Suehaiza Salam Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru - 2017. Apa agaknya perancangan kita pada tahun baru ini? Apa matlamat? Apa yang kita nak capai pada tahun yang sudah viral katanya akan menjadi tahun paling mencabar kerana situasi ekonomi yang agak teruk? Apa PERUBAHAN yang akan kita lakukan untuk memastikan kita dapat tempuh bukan sahaja pada 2017 juga tahun-tahun akan datang dengan baik? Bagi orang yang mengambil serius tentang situasi ini, tentu sahaja telah buat persediaan dan mengatur strategi yang sepatutnya. Walaupun kita tidak tahu sama ada kita akan berjaya atau tidak, setidak-tidaknya kita telah membuat persediaan. Meminjam kata-kata Dr. Azizan Osman dalam salah satu buku tulisannya, Hidup ini indah, kerana setiap saat kita akan menghadapi pelbagai rintangan yang akan mengajar kita tentang erti kehidupan. Namun begitu, hanya golongan yang TERPILIH sahaja akan berjaya mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Sue nak sanga...